wahai tuhan ku ya allah .

Assalamua'laikum,




Siapa aku? Siapa aku disamping-Mu ya Allah? Adakah aku ini adalah hamba yang Engkau murkai ya Allah atau apakah aku hamba yang Engkau sayangi ya Allah? Dimanakah aku? Dimanakah aku ya Allah? Adakah aku kini berada di bawah rahmat-Mu ya Allah? Aku ingin hidup dibawah rahmat-Mu ya Allah..Jinakkanlah hatiku ini untuk sentiasa mengingati-Mu, untuk sentiasa berzikir kepada-Mu, untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan semata-mata kerana-Mu ya Allah..Jauhilah aku daripada bisikan syaitan yang sentiasa menghasud ya Allah..Sesungguhnya aku ini adalah insan yang lemah, yang sentiasa melakukan kesilapan..Bantulah aku untuk menghadapi dunia-Mu ya Allah, dunia-Mu yang penuh ranjau ya Allah, bantulah aku ya Allah..Perjalananku masih jauh, perjalananku masih jauh..Berikanlah aku kemudahan & kesenangan untuk melakukan kebaikan ya Allah, memperoleh bekalan yang diterima oleh-Mu ya Allah..ameen ya robbala'lameen